14 Ogos Hari Tanpa Internet – Bantah Seksyen 114A

by budakfelda on August 13, 2012

Seksyen 114a adalah pindaan merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Pindaan ini belum
diwartakan lagi.

Seksyen 114a, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.

Apakah tujuan asal pindaan Seksyen 114a ini diperkenalkan?

Tujuan asal pindaan Seksyen 114a ini adalah untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab ke atas penyiaran dan penyebaran bahan berunsur hasutan di internet. Bagi pihak berkuasa, proses menjejaki dan mengenal pasti individu yang terlibat dalam penyiaran atau penyebaran bahan berunsur hasutan di internet merupakan sesuatu yang sukar.

Individu tersebut dengan mudah mengambil kesempatan menyembunyikan identiti mereka di internet kerana kesukaran pihak berkuasa mengawal internet yang luas dan terbuka. Penyembunyian identiti juga menggalakkan rakyat menyatakan pendapat tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak.

Selain itu, oleh sebab maklumat mudah berpindah dari satu pihak ke pihak yang lain, pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengesan individu asal yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat tersebut.

Seksyen 114a

Apa yang tidak BEST dengan akta Seksyen 114a ini ?

Jika anda memiliki akaun Facebook, Twitter, blog atau forum, anda akan dipertanggungjawabkan atas setiap isi kandungan yang terdapat di laman-laman tersebut termasuk komen dan artikel yang ditulis oleh pihak lain.

Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.

Undang-undang Seksyen 114a yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.

Pindaan Seksyen 114a yang baru ini boleh mendatangkan kesan-kesan yang negatif kepada seluruh pengguna internet dan pihak yang terlibat dalam industri tersebut.

Selain itu, pembekal perkhidmatan wifi juga akan dikenakan tindakan jika ada pihak yang menyalahgunakan perkhidmatan tersebut. Lebih malang lagi, jika rangkaian wifi rumah anda dicuri atau dihack, anda juga bertanggungjawab atas segala yang dilakukan oleh pencuri terbabit.

Jom Bantah Seksyen 114A !!!

Bagaimana cara kita menyokong bantahan ini ?

Caranya mudah dengan menggunakan logo tanbahan yang telah disediakan di Blog Bantahan Hari Tanpa Internet.

 

Apa Kata Anda Mengenai Isu Seksyen 114a?

 

 

Sumber : Internet Blackout

 

 

Incoming search terms:

  • bantah seksyen 114a

Artikel ini ditulis oleh...

– who has written 152 posts on BudakFelda.com.

Admin blog BudakFelda.Com, part-time blogger yang gemar menulis dan berkongsi idea. Blogging, Review Gadget dan Chelsea Fan adalah antara niche yang amat gemar dikongsikan. Anda boleh follow BudakFelda.Com via Google Plus, Facebook dan Twitter

Contact the author

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 54 comments… read them below or add one }

syahrilhafiz August 16, 2012 at 1:07 am

ramai yang bantah sampai pak najib suruh teliti semula akta nil yeah!
syahrilhafiz berkongsi artikel….Wordless Wednesday #18 : Salam AidilfitriMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:04 pm

itulah gunakan bantahan dan pembangkang..jika tanpa bantahan atau pembangkang sudah tentu akta ini disokong 100%…:)
budakfelda berkongsi artikel….Allah Lebih Sayang DiaMy Profile

Reply

Munir Ardi August 15, 2012 at 10:14 pm

MEmang sanagt mengekang kebebasan kita berekspressi sebagai blogger semoga batal berlaku hal ini
Munir Ardi berkongsi artikel….Kumpulan SMS Ucapan Selamat Idul Fitri 1 Syawal 1433 HMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:05 pm

sememang ia banyak menggangu dunia internet terutama kpd pengguna..jgn yang tdk salah juga terpaksa menjadi mangsa..:)
budakfelda berkongsi artikel….Video highlights : Liverpool FC vs Bayer Leverkusen 3-1My Profile

Reply

Jebeng Otai™ August 15, 2012 at 8:30 pm

sy pon x pasti nk bantah atau sokong..huhu..sbbnya ade kesan baiknya juga.. :)
Jebeng Otai™ berkongsi artikel….Wordless Wednesday : Masyarakat Yang DilupakanMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:06 pm

terpulang kpd individu…kdg2 kala bila tdk terkena pada diri sendiri kita tdk merasai…tapi bila terkena masa tulah kita mengetahui ketinggian langit dari bumi…..
budakfelda berkongsi artikel….Comel Kad Kahwin Ustaz Don DaniyalMy Profile

Reply

sop August 15, 2012 at 4:20 pm

x pasti baik atau sebaliknya..
bg yg ada berkaitan dgn kesalahan mungkin ada kesan..
kalau yg biasa guna tenet x der kesan pun.. heheheh
sop berkongsi artikel….Baby Auni menemani Papa berblogMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:07 pm

sememang betul kata bro…setiap perkara ada pro and kontra tetapi kita kena jug alihat dr sudut kita sebagai pengguna…..jika diamalkan mana tahu memberi implikasi kpd kita yakni pengguna
budakfelda berkongsi artikel….Olimpik 2012 : Pandelela Rinong Membanggakan MalaysiaMy Profile

Reply

onlajer August 15, 2012 at 12:12 pm

satu lagi undi aku disini hehe
onlajer berkongsi artikel….Menyambut Raya sambil Membantah AKTA 114AMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:08 pm

sama2 membantah…:)
budakfelda berkongsi artikel….Comel Kad Kahwin Ustaz Don DaniyalMy Profile

Reply

Mama Murai August 14, 2012 at 9:48 pm

Saya memang nak bantah, tapi kalau difikirkan kembali mungkin ada baiknya akta ni. Bertujuan mengingatkan setiap individu agar lebih bertanggungjawab dengan menyimpan identiti alam maya seketat-ketatnya. Lagipun akta tu tak sebut terus bersalah kan. Cuma akan dipertuduhkan. :) Masih ada ruang untuk membela diri sebenarnya.
Mama Murai berkongsi artikel….segalanya murah di Mudah.comMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:10 pm

betul ada pro and kontra…..masih ada ruang,,sehauh mana yg didakwa mampu menggunakn ruang tu….:)
budakfelda berkongsi artikel….Allah Lebih Sayang DiaMy Profile

Reply

babycomel August 14, 2012 at 7:11 pm

pernah terbaca mengenai hal ni tp xpernah amik peduli.. errm, niat mereka nak buat akta begini memang betul ;untuk elak salah guna, tp kena la fikir jugak hal-hal lain kan.. kena kaji banyak sudut baru lah boleh laksanakan sesuatu hukum tu kan. ada pro ada kon jugak.. susah nak cakap tp rsanya lebih byk xok kot kan?
~terjah dr blog sop eh ;)
babycomel berkongsi artikel….Aku Si Kidal – Bahaya ni pegang macamniMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:12 pm

banyak kena dikaji dulu sebelum melaksanakan..;)
budakfelda berkongsi artikel….Allah Lebih Sayang DiaMy Profile

Reply

Din August 14, 2012 at 4:46 pm

aku pun nak bantah jugak pasal ni,,
bebal la,, menyusahkan pengguna internet je..

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:12 pm

kita ada hak sebagai pengguna..:)
budakfelda berkongsi artikel….Comel Kad Kahwin Ustaz Don DaniyalMy Profile

Reply

suri August 14, 2012 at 3:54 pm

sambil pikir dan pikir bahaya juga,ak der tenet lagi kosong hdup ni
suri berkongsi artikel….Bandwidth Limit ExceededMy Profile

Reply

hatiputera August 14, 2012 at 11:43 pm

betul jugak tu suri,,kalau tak de internet terasa macam kosong jiwa..hehe
hatiputera berkongsi artikel….Daun Bunga Raya dan KegunaanMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:13 pm

mau tak kosong……
budakfelda berkongsi artikel….14 Ogos Hari Tanpa Internet – Bantah Seksyen 114AMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:13 pm

hihihihi kaki internet mmgtak boleh hidup tanpa internet..bisnis oun tenganggu hihihihi
budakfelda berkongsi artikel….Bila Si Dia Sudah Marah….My Profile

Reply

hafizmd August 14, 2012 at 1:03 pm

Nampaknya, akta ni mmg nampak tak adil. Ada pulak yg dituduh diminta buktikan dia tak bersalah. Payah ni…

Sepatutnya, yg membuat tuduhan kenalah bawakkan bukti. Terbalik pulak dah.

Akan diusahakan kempen ni. Terima kasih bro berkongsi =)
hafizmd berkongsi artikel….Review Ringkas Blog DaddydeeMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:14 pm

itu masalahnya, bahya kan pengguan yg tdk bersalah..yg pandai IT akan mengambil peluang yang ada
budakfelda berkongsi artikel….Bila Si Dia Sudah Marah….My Profile

Reply

Fadzmie August 14, 2012 at 1:02 pm

Memang patut dibantah sebab membebankan hampir kesemua pengguna Internet di Malaysia. No more so called ‘internet freedom’.
Fadzmie berkongsi artikel….Mencari malam Lailatul QadarMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:15 pm

yeaa..internet freedom….
budakfelda berkongsi artikel….Final Bolasepak Olimpik 2012 : Mexico Kalahkan BrazilMy Profile

Reply

hatiputera August 14, 2012 at 11:27 am

hahaha..aku baca jer ..ada masalah tentang pembuktian kalau laksanakan..
hatiputera berkongsi artikel….Daun Bunga Raya dan KegunaanMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:15 pm

baca jangan tak baca
budakfelda berkongsi artikel….Final Bolasepak Olimpik 2012 : Mexico Kalahkan BrazilMy Profile

Reply

Leeza Dayasari August 14, 2012 at 8:09 am

ohhh ada juga ea …. kena baca dgn lebih detail dr pelbagai sudut.
Leeza Dayasari berkongsi artikel….Cara Nak Buat MuralMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:15 pm

kena baca dan fahami hehehe..:)
budakfelda berkongsi artikel….Giveaway Pertama Daddydee.net : Review BlogMy Profile

Reply

shraqs August 14, 2012 at 7:46 am

Personally, akta 114A ini takdelah apa sangat pun. Ini cuma pelengkap kepada Akta Keterangan 1950 yg ada kekurangan especially aspek pembuktian. Sebabnya dlm akta yg lama tidak dinyatakan dengan jelas maksud @ taarif komputer (pembuktian) di dalam mahkamah. Dlm masa yg sama utk selaraskan takrifan istilah komputer dengan Akta Jenayah Komputer 1997.
BTW, akta sedemikian dah lama digunapakai di Singapura & Australia. Tahun 2010 @ 2011 (lupa tarikh sebenar) Singapura dah mansuhkan akta berkenaan sebaliknya diterapkan secara terus dlm Akta utama diorang menjadikan akta diorang lebih ketat lagi kalau nak dibandingkan dengan apa yg baru nak diperkenalkan di Malaysia.
shraqs berkongsi artikel….Tips Sembunyikan Folder Dan Imej Dari Galeri (Android)My Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:17 pm

sememang kajiann yang betul-betul mendalam diperlukan..:)
TQ bro atas info
budakfelda berkongsi artikel….Allah Lebih Sayang DiaMy Profile

Reply

boni kacak August 14, 2012 at 3:15 am

tak bestnya akta ni.. hehehe
boni kacak berkongsi artikel….Cerita Lawak : Aku Cekik Anak Mata Kau Nanti!My Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:17 pm

memang tak best huhuhu
budakfelda berkongsi artikel….Bila Si Dia Sudah Marah….My Profile

Reply

azmanisma August 14, 2012 at 1:22 am

Errr tak setuju…nanti kena tangkap lak.kalau ckp lebih2 hehehe..
azmanisma berkongsi artikel….Pre Checklist RayaMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:18 pm

hehehehe….so seeloknya kena jaga2 kata sebelum menaip hehehe
budakfelda berkongsi artikel….Allah Lebih Sayang DiaMy Profile

Reply

Mummy Akmar August 14, 2012 at 12:25 am

Nonsense!! Semua ni propaganda!!
Mummy Akmar berkongsi artikel….Iftar with BFF at TarbushMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:18 pm

propaganda ? hehehhee
budakfelda berkongsi artikel….Video highlights : Liverpool FC vs Bayer Leverkusen 3-1My Profile

Reply

Mummy Akmar August 16, 2012 at 11:40 pm

Propaganda ahli politik! Hahaha… *seronok tengok BF dah gelak =p
Mummy Akmar berkongsi artikel….Kad Raya 2012 dari Mummy Akmar & Baby El Qashrin QaisaraMy Profile

Reply

budakfelda August 17, 2012 at 9:20 am

hehehe biasa la mummy ..:) politik kan..

psst : hidup kena teruskan :)
budakfelda berkongsi artikel….14 Ogos Hari Tanpa Internet – Bantah Seksyen 114AMy Profile

Reply

keretahitam August 13, 2012 at 11:43 pm

Tunggu dan lihat kalau akta melibatkan semua tidak terkecuali walau pun ikan besar sekalipun aku sokong….
Note:aku hanya ikan bilis
keretahitam berkongsi artikel….NASA Hantar Robotik ke Planet MarikhMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:19 pm

itu masalahnyer ikan besau banyak yg terlepas daripada ikan bilis mcm kita hehehe
budakfelda berkongsi artikel….Olimpik 2012 : Pandelela Rinong Membanggakan MalaysiaMy Profile

Reply

Blog Asyraf August 13, 2012 at 10:45 pm

Baru faham bro..hehe..
Blog Asyraf berkongsi artikel….Mereka Sudah Berubah, Anda Bila Lagi?My Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:19 pm

sekadar berkongsi hehehee
budakfelda berkongsi artikel….Bila Si Dia Sudah Marah….My Profile

Reply

titan August 13, 2012 at 7:20 pm

masalahnya..kalau blog/twitter/facebook tu kepunyaaan menteri-menteri..betul ke diorang yang akan bertanggungjawab dengan semua ayat dalam tuu??
titan berkongsi artikel….Komisen Pertama dari HzToursMy Profile

Reply

auc dot com August 13, 2012 at 10:09 pm

nanti aku nak buat pakai nama menteri mesti menteri tu yg kena hehehe
auc dot com berkongsi artikel….JOM! BANTAH SEKSYEN 114A!My Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:21 pm

bro juga yang kena nanti hehehehe….
budakfelda berkongsi artikel….Olimpik 2012 : Pandelela Rinong Membanggakan MalaysiaMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:20 pm

diaorng kalau berani kena la bertanggungjawab jika dipersalahkan..jangan main jln pintas hehehe
budakfelda berkongsi artikel….Comel Kad Kahwin Ustaz Don DaniyalMy Profile

Reply

auc dot com August 13, 2012 at 6:16 pm

aku sokong saya x kan semua kesalahan pada kita
apa punya undeng2 laaaa

tegah buat entri ni
auc dot com berkongsi artikel….Isteri Lepuk Kepala Suami dengan Lesung Batu sebab Tak Beli Baju RayaMy Profile

Reply

budakfelda August 13, 2012 at 6:20 pm

ha’ah apa punya undeng undeng la…

psst kemas la bro..:)
budakfelda berkongsi artikel….Giveaway Pertama Daddydee.net : Review BlogMy Profile

Reply

Hafizul August 13, 2012 at 3:40 pm

Hehe..takut rasa nya bila membaca isi kandungan ni…ni kira politik tak ni??aku malas nak campurkan diri dalam urusan kepolitikan..hahaha..bahaya juga seksyen ni…nak bantah takut sero..kita org tak de kuasa dek pun..emmm confius2..nak bantah ke tak..hahaha
Hafizul berkongsi artikel….Lara Cinta RayaMy Profile

Reply

budakfelda August 13, 2012 at 3:51 pm

takde apa la bro..kita sebagai pengguna cuma membuat bantahan terhadap apa yang ingin mereka pindakan akta tu….sebagaipengguna internet aku rasa perlu..ini bukan masalah politik ke apa..terpulang pada individu aku cuma menyampaikan sahaja..jika di US mereka mengelar SOPA…hehehe..:)

Reply

fuzore August 13, 2012 at 9:10 pm

apa plak x de kuasa.. kuasa mengundi tu hak siapa? Ha situ la nak guna kuasa rakyat yg sebenar..

Reply

azmanisma August 14, 2012 at 1:23 am

Jom tukar ini tahun hehehe…
azmanisma berkongsi artikel….Pre Checklist RayaMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:22 pm

itu sudah tentu hehehehe
budakfelda berkongsi artikel….Olimpik 2012 : Pandelela Rinong Membanggakan MalaysiaMy Profile

Reply

budakfelda August 16, 2012 at 11:22 pm

yup kita adalah kuasa mutlak sebenarnya…kalau kita bersatu sekuat mana pun kerajaan akan tumbang dgn suara rakyat
budakfelda berkongsi artikel….Olimpik 2012 : Pandelela Rinong Membanggakan MalaysiaMy Profile

Reply

Previous post:

Next post: