Dua hari tanpa Internet, bukan hanya menyokong bantahan Hari Tanpa Internet. Tetapi ada urusan yang yang lebih penting saya terpaksa selesaikan. Dalam semua manusia bersedia menyambut ketibaan Aidilfitri, pelbagai persiapan dirancang namun persiapan Aidilfitri saya kali ini sedikit terganggu.
Tenyata Allah lebih sayang dia dengan menjemput dia pulang lebih awal daripada apa yang saya jangkakan. Saya menerima berita ini dengan penuh tenang. Inilah ketentuan Illahi. Dia banyak memberi makna kepada kehidupan saya sejak kecil. Malah kerana dia saya banyak belajar erti kehidupan berdikari. Kerana dia saya mengenal erti kehidupan sebagai Mat Kilang. Menikmati cara hidup sebagai mat kilang selepas zaman persekolah. Dialah juga membuat saya jatuh cinta dengan Negeri Johor.
Terkilan
Tanggal 25 Ramadhan, setelah 27 hari tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan akhirnya dia pergi. Terkilan dek atas kecuaian si manusia, membuatkan dia pergi selamanya untuk mengadap Yang Maha Esa. Walaupun tidak menyalahkan si manusia ini, namun rasa terkilan itu timbul apatah lagi saya menerima sebagai Qadar dan Qadha.
Awal pagi itu, saya memecut laju menuju ke Pasir Gudang untuk bersua buat kali terakhir. Sanggup meredah Operasi Speed Trap yang sedang giat dilaksanakan di semua lebuhraya tetapi bukan rezeki saya untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. Hanya tanah-tanah yang masih merah yang hanya mampu saya bersua. Air mata tanpa segan silu mengalir keluar. Itulah air mata kasih yang terpaksa aku bayar.
Baliklah sekejup jenguk-jenguk orang, mana tahu ada yang rindu nak jumpa ke apa ?
Kata-kata ini tergia-gia di telinga sejak pemergian dia. Inilah kata-kata terakhir yang saya dan dia bualkan dalam telefon. Siapa sangka kata-kata terakhir dia membuat saya termenung hingga ke subuh dan saat ini. Apakan daya. Waktunya sudah tiba. Allah lebih sayangkan dia.
Al-Fatihah……………………………………….
Nota : Dia yang saya maksudkan itu ialah kakak saya.
Incoming search terms:
- saya lebih sayangkan iman





{ 32 comments… read them below or add one }
alfatihah utk beliau..
Jebeng Otai™ berkongsi artikel….Seksyen 114A : Bantah atau sokong?
aminnnn….thanks
Turut Bersedih , Al Fatihah, semoga Allah menjaganya dan menempatkannya ditempat yang terbaik AMin
Terima Kasih…Aminnnnnn
seorang sahabat ke bro?
al fatihah buat beliau, semoga beliau di tempatkan di tempat orang-orang yang beriman dan beramal soleh di sisiNya.. amin..
boni kacak berkongsi artikel….Dah Nak Hari Raya!
hehehehe..:) nota di bawah sudah dinyatakan…my sister bro
TQ bro
Al Fatihah…
teringat kisah ni seperti yg auc lalui jugak dulu, tapi arwah adik
auc dot com berkongsi artikel….Kisah Baju Raya Anak Khalifah Umar Abdul Aziz
sama la kita bro….situasi yg sama kot
takziah..
thank bro budu
takziah ya…
moga rohnya dicucuri Rahmat
sweetkurma berkongsi artikel….setitis cahaya di aidilfitri
Tq Kak SK
budakfelda berkongsi artikel….Giveaway Pertama Daddydee.net : Review Blog
al-fatihah untuk kakak,
Allah lebih menyanginya…
TQ bro Din….
budakfelda berkongsi artikel….Allah Lebih Sayang Dia
Takziah. Banyakan bersabar.
Man berkongsi artikel….Tips Mudah Lelap Dengan Bantuan Syaitan
Insyallah & TQ bro…:)
budakfelda berkongsi artikel….14 Ogos Hari Tanpa Internet – Bantah Seksyen 114A
miss my mom, terkenang pd arwah mak saya.
al-fatihah,
Leeza Dayasari berkongsi artikel….Ucapan Salam Aidilfitri
bila mum yang pergi dulu pasti itu lagi besar dugaannya….
budakfelda berkongsi artikel….Allah Lebih Sayang Dia
al-fatihah……..
Leeza Dayasari berkongsi artikel….Ucapan Salam Aidilfitri
Amin……TQ Leeza
budakfelda berkongsi artikel….Bila Si Dia Sudah Marah….
Takziah..semoga Dia tenang disana..
Blog Asyraf berkongsi artikel….Van Persie Sah Ke Manchester United
Mudah-mudahan bro…itu yang diharapkan..
budakfelda berkongsi artikel….Syukur Itu Perlu
Bersabarlah bro,,setiap yang hidup pasti merasai mati. arwah kakak sudah tentu ada tempatnya di sisi allah. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi allah.Takziah kepada keluarga bro bf.Al fatihah.
hatiputera berkongsi artikel….PM arah kabinet kaji semula seksyen 114A
TQ bro, sememang kita juga akan dijemput cuma bila dan dimana sahaja yang ALLAH maha mengetahui…
budakfelda berkongsi artikel….Bila Si Dia Sudah Marah….
Al-Fatihah.
Moga Allah menempatkannya bersama hamba-hamba yang soleh dan solehah.
CikguHairul berkongsi artikel….5 tips shopping last minutes
Moga doa drpd cikgu akan termakbul hendaknya…TQ Cikgu
budakfelda berkongsi artikel….Comel Kad Kahwin Ustaz Don Daniyal
takziah. aku harap ko tak sedih lama-lama..
titan berkongsi artikel….Komisen Pertama dari HalalScience.com
TQ bro..insyallah ak bukan yang mudah sedih lama-lama….
budakfelda berkongsi artikel….Senarai Lokasi Speed Trap 2012
Al-Fatihah…Takziah buat BF sekeluarga.
Semoga semua dapat menghadapinya dengan tenang dah tabah. Allah lebih sayangkannya…
Saya doakan semoga roh kakak tenang disana dan ditempatkan dengan mereka-mereka yang beriman…
TQ Mummy Akmar, semua kehendak illahi..kita hanya mampu merancang dan berusaha yang terbaik…..
budakfelda berkongsi artikel….Giveaway Pertama Daddydee.net : Review Blog
Al-Fatihah…semoga roh kakak tu tenang bersama insan yang soleh..emm aku pernah alami situasi yang sama mat..kakak aku pergi pun dalam bulan puasa jugak tahun 2009..kecuaian manusia jugak..tapi betul la mcm mat kata..kita tak boleh nak salahkan manusia..sebaliknya terima lah qada’ dan qadar yang telah ditetapkan…takziah buat mat sekeluarga…
Hafizul berkongsi artikel….Wordless Wednesday #19 – Kesian Daging Kena Bakar
Tq bro, bro pun ada pengalaman yang sama….mudah-mudahan ini menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi kehidupan ini..dan sentiasa bersedia untuk dijemput
budakfelda berkongsi artikel….Final Bolasepak Olimpik 2012 : Mexico Kalahkan Brazil