Amalan DiHari Raya

by budakfelda on August 18, 2012

Amalan Hari Raya !!! Lupakah kita, keindahan Syawal kini tiba, namun dalam keriangan jangan pula dilupakan amalan yang harus kita amalkan pada  hari raya. Jangan terlalu gembira hingga akidah dan syariat Islam dilanggar sesuka hati. Sekadar memperingat diri saya dan juga semua untuk kita mendapat keberkatan di hari yang mulia ini.

hari-raya-aidilfitri,Amalan Hari Raya

Salam Lebaran

Apa yang sepatutnya menjadi amalan kita di hari raya ialah di antaranya :

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : “Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya”.

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;

Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.

Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka” ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.

Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya” (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Mudah-mudahan amalan ini menjadi panduan yang berguna buat diri kita. SELAMAT HARI RAYA

Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman

Artikel ini ditulis oleh...

– who has written 152 posts on BudakFelda.com.

Admin blog BudakFelda.Com, part-time blogger yang gemar menulis dan berkongsi idea. Blogging, Review Gadget dan Chelsea Fan adalah antara niche yang amat gemar dikongsikan. Anda boleh follow BudakFelda.Com via Google Plus, Facebook dan Twitter

Contact the author

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 11 comments… read them below or add one }

Hafizul August 22, 2012 at 1:44 pm

pakai baju yang paling cantik bro..pakai wangi-wangian juga..hehe…
Hafizul berkongsi artikel….Raya Vs KenduriMy Profile

Reply

budakfelda August 27, 2012 at 7:05 pm

pakai baju baru disunatkan di pagi raya heehhehe
budakfelda berkongsi artikel….Video Highlights : Liverpool vs Manchester City 2:2My Profile

Reply

Nadot August 18, 2012 at 11:46 pm

insyaAllah..akan cube dipraktikkan mane yang termampu wpun harapnye dpt praktikkan semua… huhuhu

Slamat hari raye ye wan.. :)
Nadot berkongsi artikel….Suka Hati je Tukar RimMy Profile

Reply

budakfelda August 27, 2012 at 7:06 pm

sama selamat hati raya ek..:)
budakfelda berkongsi artikel….Fasa Terakhir Eyriqazz vs Denaihati My Profile

Reply

Leeza Dayasari August 18, 2012 at 6:05 pm

terima kasih mengingatkan.
Leeza Dayasari berkongsi artikel….Ucapan Raya Daripada Menteri Belia dan SukanMy Profile

Reply

budakfelda August 27, 2012 at 7:06 pm

sama2 kita memperingati
budakfelda berkongsi artikel….Samsung Galaxy Player 5.8 DilancarkanMy Profile

Reply

Blog Asyraf August 18, 2012 at 2:53 pm

Amalan*

Banyak amalan yg boleh dibuat dihari raya :)
Blog Asyraf berkongsi artikel….Apabila Van Persie Ke Manchester United, Semua Jersi Tertera Namanya DibakarMy Profile

Reply

budakfelda August 18, 2012 at 2:58 pm

ok tq bro…typo plak huh…:)

memang banyak amalan yang boleh dituruti
budakfelda berkongsi artikel….Rancangan Menarik Sempena Aidilfitri 2012My Profile

Reply

Blog Asyraf August 18, 2012 at 5:04 pm

Tak sabar nak solat sunat hariraya aidilfitri :)
Blog Asyraf berkongsi artikel….Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Blogasyraf.myMy Profile

Reply

boni kacak August 18, 2012 at 12:03 pm

berapa jam je lagi kita nak beraya ni.. rasa sekejap je ramadhan ni berlalu…
boni kacak berkongsi artikel….#SaveJejaiMy Profile

Reply

budakfelda August 18, 2012 at 12:12 pm

ha’ah dah tak lama dah kita nak meninggalkan ramadhan…:(

Reply

Previous post:

Next post: