Tahun ini tiba giliran saya berhari raya di bandar, rumah mertua saya di Shah Alam. Kali ini kali yang ke-3 saya berhari raya di dalam bandaraya. Jika dulu sedikit pun saya tidak terfikir bagaimana seronoknya berhari raya di dalam bandar.
Seperti mana yang kita maklum, bila di tanya sama ada berhari raya di kampung atau di bandar pasti semua akan menjawab pastilah seronok berhari raya di kampung. Begitu juga saya. Pelbagai kenangan indah banyak tertulis di kampung halaman.
Tetapi setelah berhari raya di bandar untuk kali ke-3 ini, saya dapat rasanya keseronokan berhari raya di bandar raya. Jika dulu saya sangkakan bila Solat Sunat Aidilfitri pasti masjid akan tidak penuh. Tapi semua itu silap, masih ramai yang beraya di bandar. Walaupun yang ramainya adalah warga antarabangsa, jadi suasananya masih lagi terasa.
Dan apa yang buat bestnya, traffik di jalanraya adalah bagikan kita yang punya. Mana tidaknya seronok memandu di dalam bandar raya ketika hari raya. Tidak ketemui kesesakan yang selalu saya hadapi. Malah saya juga tidak perlu bersusah payah memikir jadual perjalanan untuk pulang berhari hari raya. Lagilah saya perlu menempuh Lebuhraya Karak yang pasti akan sesak bila tiba cuti perayaan.
Beraya di kampung sekarang tidak lagi sama zaman kita beraya masa zaman budak-budak dahulu. Sekarang susah melihat budak-budak datang melawat dan menziarah ke rumah-rumah. Mungkin ini ada kaitan dengan rancangan menarik hari raya.
Salah satu yang membuat suasana di kampung suram adalah mungkin generasi yang awal sudah tiada lagi, yang tinggal di kampung adalah generasi pewaris. Dan ramai juga anak-anak kampung yang sudah mula keluar berkerja di bandar-bandar. Mungkin ini penyebab suasana di kampung menjadi kusam. ataupun zaman kita sudah berlalu.
Walau apa-apa pun beraya di bandar atau pun di kampung sama sahaja, yang penting pengisian kita dalam menyambut syawal ini yang penting. Kunjung mengunjung dan bermaaf-maafan adalah amalan yang amat dituntut.
Anda bagaimana ?
Incoming search terms:
- amalan pulang beraya di kampung
- surat tidak rasmi tentang suasana hari raya aidilfitri di kampung dan di bandar
- suasana hari raya di bandar
- suasana aidilfitri di bandar
- meriahnya hari raya dikampung





{ 8 comments… read them below or add one }
Salam Budak Felda.
Aku rasa ni WR kan? hahaha
Why use domain budakfelda? Masih budak ke ni..
hehehe tak lah gurau..
Oh beraya di bandar.. no worry, masih ramai yang seperti anda.

BTW Selamat Hari Raya ye.
nizamghazi berkongsi artikel….Short Scene : I Am SuperNatural On Ramadhan – My P1 4G Has Been Upgraded!
hehehehe bingo..:)
xde la bro saja lepas domain lama tu ada prob danaku outstation jadi serabut nak settle so buat blog lain hahhaa..:)
psst : mcm mana boleh tau haha
BTW selamat hari raya
Betul tu bro..raya sekarang tak macam raya zaman aku kecik2 dulu..meriah jer dengan kunjungan budak2..emm masa tiba anak kita nanti macam mana la kan..ada ke tidak budaya kunjung mengunjung ni demi mencari duit raya..huhu..sama la aku tahun ni beraya dirumah mertua..tapi dikampung jugak..hehe…
Hafizul berkongsi artikel….Raya Vs Kenduri
walaupun di shah alam. suasana dan rumah spt ala-ala desa.
saya suka. rindu nk rasa raya suasana kmpung.
Leeza Dayasari berkongsi artikel….KL Masih BERNYAWA pada 1 SYAWAL
tak kisah sebenarnye beraye kat mane..asalkan dengan family, dan tibenye raye 1 syawal tu, mesti trase je hari raye tu…

Nadot berkongsi artikel….Hadiah di Tengah Malam Raya
Jujurnya xramai rakan2 dok kmpung ag..huhu
Selamat hari raya bro..

Jebengotai berkongsi artikel….Selamat Kembali
kampung. lebih kacak raya kat kampung.
titan berkongsi artikel….Pelangi Pagi Hari Raya..
betul tu.. budak2 dah tak ada dah datang rumah ke rumah.. dah tak macam dulu… dah tak macam zaman kita dulu.. sekarang kurang meriah tanpa kehadiran budak2 ni
boni kacak berkongsi artikel….#SaveJejai