Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

by budakfelda on August 6, 2012

Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran kelebihan Ramadhan.

Hari ini kita sudah berpuasa lebih daripada separuh Ramadhan, antara peristiwa yang berlaku di dalam bulan Ramadhan ialah dimana Al-quran diturunkan kepada umat manusia melalui Nabi Muhammad s.a.w. Manakala Malam Lailatul Qadar adalah malam yang sentiasa dicari oleh mereka yang benar-benar beriman.  Malam Lailatul Qadar ini dijanjikan pada 10 malam terakhir Ramadhan.

Apa kaitannya Lailatul Qadar dengan Nuzul al-Quran ?

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-QadLailatul Qadarar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatul Qadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT



Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka.

Jibril pun membaca surah al-Qadar ( surah yang menceritakan malam Lailatul Qadar ) dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Lailatul Qadar Malam Seribu Bulan

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

 Panduan Mengenai Malam Lailatul Qadar

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

  1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
  2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
  3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Lailatul Qadar mampukah kita temui ?

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam Lailatul Qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam Lailatul Qadar terdapat pada malam yang  ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya.

Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatul Qadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatul Qadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap insan yangbernama manusia berusaha mencarinya.

[box type="info"] Artikel ini aku 100% copy paste menerusi laman Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ). Ini mengelakkan sebarang daripada tersalah memberi malumat yang ingin disampaikan.[/box]

sumber : Lailatul Qadar

Incoming search terms:

  • Apa korelasi antara nuzul al quran dan lailatul al qadr
  • kaitan nuzul quran dah lailatul qadr
  • senarai kitab mengenai malam lailatul qadar

Artikel ini ditulis oleh...

– who has written 152 posts on BudakFelda.com.

Admin blog BudakFelda.Com, part-time blogger yang gemar menulis dan berkongsi idea. Blogging, Review Gadget dan Chelsea Fan adalah antara niche yang amat gemar dikongsikan. Anda boleh follow BudakFelda.Com via Google Plus, Facebook dan Twitter

Contact the author

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 30 comments… read them below or add one }

Oh! budu August 9, 2012 at 7:22 am

harap dipertemukan dengan malam lailatuqadar.
Oh! budu berkongsi artikel….tutorial buat floating ads nuffnang di blogMy Profile

Reply

budakfelda August 10, 2012 at 4:55 am

insyallah kena usaha bro…:)

Reply

Mummy Akmar August 7, 2012 at 12:05 pm

10 mlm terakhir Ramadhan.. Budakfelda, jauhkan tangan dari keyboard. Jangan lupa beramal ibadah ye.. Pesan Mummy ni Huhuhuuh!
Mummy Akmar berkongsi artikel….Pengalaman Sebagai Ibu Tunggal Melahirkan Anak dan Berpantang di Bulan Ramadhan (Part 2)My Profile

Reply

budakfelda August 7, 2012 at 12:23 pm

dengan keyboard pun boleh beramal mummy…:)

insyallah cuba beramal nie…;)

Reply

Mummy Akmar August 7, 2012 at 12:51 pm

Oooo ye ke? dengan keyboard pon boleh beramal yer..camne ke tu??

Orang lain membaca quran, baca yasin, solat tahajjud, solat taubat..qiamuallail..
Mummy Akmar berkongsi artikel….Persiapan Hari Raya 2012 (Part 2)My Profile

Reply

budakfelda August 7, 2012 at 12:53 pm

hehehe tu beribadah hehehe beramal mcm2 perkara boleh mummy hehehehe…;)
budakfelda berkongsi artikel…. Projek Amal EQQ : Mancari Keberkatan RamadhanMy Profile

Reply

Mummy Akmar August 7, 2012 at 12:57 pm

eh beribadah..silap! hahahahah!

budakfelda August 7, 2012 at 1:05 pm

hehehehe tau takpe mummy…:)
budakfelda berkongsi artikel….Olimpik 2012 : Dato Lee Chong Wei ke FinalMy Profile

Mummy Akmar August 10, 2012 at 11:38 am

oo ni beribadah baca yasin online ke? hahahaha :P ~
Mummy Akmar berkongsi artikel….Tips Untuk Bakal Ibu – Senarai Semak Untuk Kelengkapan BayiMy Profile

budakfelda August 10, 2012 at 11:39 am

hehehe dengar jer tak baca pun hehehe..;)
budakfelda berkongsi artikel….Syukur Itu PerluMy Profile

hafidz August 7, 2012 at 9:53 am

kadang kita terlupa tentang Lailatul Qadar kerana terlalu mengejarkan persiapan raya. fuh~

moga kita semua dirahmati pada ramadhan ini oleh-NYA. Amin.
hafidz berkongsi artikel….Ramadhan 1433 Hijrah – Minggu KeduaMy Profile

Reply

budakfelda August 7, 2012 at 9:54 am

menjadi budaya di negara kita bro, melebeh-lebeh yg disepatutnya…:)..
mudah-mudahan bro…amin

Reply

irsah August 7, 2012 at 5:13 am

malam yang ditunggu2… tapi berasa sedey nak tinggalkan bulan puasa… rasa begitu sekejap saja berlalu..
irsah berkongsi artikel….Design Baju Raya 5 Stars Fesyen Designers FashionMy Profile

Reply

budakfelda August 7, 2012 at 5:15 am

memang amat ditunggu oleh semua org2 yg beriman…:)

Reply

Blog Asyraf August 6, 2012 at 10:49 pm

Tak sabar tunggu sepuluh malam terakhir..
Blog Asyraf berkongsi artikel….Tahniah Lee Chong Wei Hadiah Pingat Perak Buat MalaysiaMy Profile

Reply

budakfelda August 7, 2012 at 2:19 am

insyallah samapi sehari dua lagi :)

Reply

titan August 6, 2012 at 7:26 pm

masih ramai lagi yang tak tahu nih..
titan berkongsi artikel….Lin Dan tetap lebih kacak.My Profile

Reply

budakfelda August 6, 2012 at 9:59 pm

bukan tak tahu tapi ada yg dah lupa mcm saya nie hehehe…:)

Reply

farahaznil August 6, 2012 at 1:22 pm

hakikatnya time hujung2 lah ramai lupa utk buat ibadah..huhu
farahaznil berkongsi artikel….Chong wei tetap EMAS di hati peminat.My Profile

Reply

budakfelda August 6, 2012 at 10:00 pm

biasa lah semangat utk raya lebih mengaburi org kita :)

Reply

onlajer August 6, 2012 at 1:02 pm

Tak pelah copy dan paste untuk ingat mengingati walaupun beribu kali
onlajer berkongsi artikel….Marhaban atau Bara’anMy Profile

Reply

budakfelda August 6, 2012 at 10:00 pm

copy je bro, silap info x pasal berdosa hehehe..:)
yang penting infonya sampai kpd pembaca..:)

Reply

Jebeng Otai™ August 6, 2012 at 10:54 pm

copy x per..kalo olah sendiri jauh menyimpang pula.. :)
Jebeng Otai™ berkongsi artikel….Keputusan Terkini Pingat Olimpik 2012 – 6 OgosMy Profile

Reply

budakfelda August 7, 2012 at 2:19 am

itu la pasal, kalu betul master baru berani nak menulis..ilmu pun tak segagah mana …:)

Reply

Mummy Akmar August 7, 2012 at 12:06 pm
budakfelda August 7, 2012 at 12:24 pm

heheheh sedar diri ni hehehe…:)
budakfelda berkongsi artikel….Kelebihan Themes PremiumMy Profile

Reply

dzuandiey August 6, 2012 at 11:53 am

jom sama-sama kejar malam barakah tu.. :-)
bukan senang…hehe..
dzuandiey berkongsi artikel….Mana Satu Yang Wajib?My Profile

Reply

budakfelda August 6, 2012 at 10:01 pm

insyallah mudah-mudahan ….peluang masih ada utk semua

Reply

nizamghazi August 6, 2012 at 9:35 am

Perkongsian yang mengingatkan saya pada zaman sekolah.
Dulu saya adalah Mr. Kwnodledge in Sejarah Islam. But now ada yang saya dah terlupa kerana telah mamauki dunia yang macam-macam.
nizamghazi berkongsi artikel….Short Scene : I Am SuperNatural On Ramadhan – My P1 4G Has Been Upgraded!My Profile

Reply

budakfelda August 6, 2012 at 10:02 pm

sama la bro, saya pun dah byk lupa….duniawi lebih banyak nie huh..:(

Reply

Previous post:

Next post: