Pelajar Sekolah Dibenar Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah
Isu yang hangat sepanjang minggu ini. Pada mulanya saya malas hendak menulis isu seperti ini. Tetapi bila terbaca komen-komen daripada entri blogger izwan yusof terpanggil untuk saya menulis sesuatu perkara berkaitan isu yang hangat ini.
Seperti biasa kita akan dapat balasan komen yang positif dan negatif berkaitan isu ini. Namun bagi saya, orang yang paling sesuai untuk memutuskan perkara pelajar sekolah dibenarkan adalah GURU. Mereka lebih tahu akan selok belok apa yang berlaku dalam situasi mereka.
Tapi bila menteri memberi lampu hijau untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit atas sebab keselamatan membuat saya tidak percaya bagaimana alasan ini akan keluar. Secara tidak lansung apabila alasan atas faktor keselamatan ditekankan dan diberi sebab mengapa perkara untuk membenarkan telefon dibenarkan dibawa ke sekolah, ini secara terang membukti sekolah bukan lagi kawasan yang selamat.
Bagi sekolah rendah mungkin ini bukan menjadi isu sangat, tetapi pelajar-pelajar sekolah menengah. Pasti akan memberi masalah kepada guru dan pihak sekolah.
- Adakah pelajar dapat menumpukan pelajaran sewaktu dalam kelas ?
- Mampukah gejala edaran video lucah dalam telefon dapat dibendung ?
Ini bukanlah soal perkembang ICT atau cetusan paradigma teknologi tetapi inilah berkaitan dengan perkembangan modal insan.
Zaman Lily dulu, bawak henfon. tapi kena rampas sbb dengar muzik. Pointnya ialah, dulu lain sekarang lain. Dulu, budak2 sekolah semua tough. Henfon2 semua tak perlu. Sekarang, henfon bukan simbol manja, tapi PERLU. Ia adalah satu keperluan semasa. Cuma tabiat penggunaan kena pandai kawal la. Masa dalam kelas, henfon dikumpulkan..letak dalam basket. Dah habis kelas, boleh guna. Sama seperti bila exam, kelas prep, dan apa jua event. Sekarang, terletak kat pihak sekolah untuk meningkatkan pengawalan penggunaan henfon. Jangan ketat sangat peraturan. Takut budak2 tak boleh nak tolerant utk serahkan henfon dorang tika waktu. Kawalan yang relax relax jer…budak sekarang, mudah naik hantu.
Ini salah satu komen yang diambil daripada blog izwan yusof. Bukan saya kata salah, lain orang lain ideanya. Cuma bila bercakap soal isu atau perkara serius KEMATANGAN amat perlu ada dalam diri kita.
Bukan simbol manja tapi perlu. Ia adalah satu keperluan semasa
Memang benar tapi adakah ia perlu di dalam kawasan sekolah ? Katakan murid hendak menelefon ibubapa, setiap sekolah sudah menyediakan telefon awam di dalam kawasan sekolah. Benar ia adalah keperluan semasa tetapi bukan semasa di sekolah.
Tabiat pengunaan kena pandai kawal. Masa dalam kelas, …henfon dikumpulkan..letak dalam basket.
Berapa ramai yang boleh kawal penggunaan telefon di dalam kelas. Memang ada yang boleh kawal tapi berapa ramai ? 10% 20 % atau 100% yang boleh kawal tabiat.
Bagi saya lebih banyak negatif daripada positif. Apa yang saya kongsi sekadar cetusan akal. Apa yang ditulis tiada niat untuk memburukkan sesiapa. Tapi bila bercakap soal perkembangann anak-anak zaman sekarang banyak risaunya.
Incoming search terms:
- Murid Sekolah Rendah Dibenarkan Membawa Telefon Bimbit ke Sekolah
- murid sekolah rendah dibenarkan membawa
- murid sekolah rendah dibenarkan membawa telefon bimbit
- tiga alasan dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah
- “Murid Sekolah Rendah Dibenarkan Membawa Telefon Bimbit ke Sekolah”




{ 19 comments… read them below or add one }
I really have a tendency to agree with everything that was in fact composed in “Isu Pelajar Sekolah dibenarkan Bawa Telefon Bimbit”.
Thanks for all the details.I appreciate it,Son
http://google.com berkongsi artikel….http://google.com
Walaupun ada kebaikan tetapi lebih nampak kepada keburukannya kalau dibenar pakai kepada murid-murid sekolah.
hatiputera berkongsi artikel….Keyword Bermusim Sepanjang Ramadhan 2012
itula keburukan melebehi kebaikan itu yg dirisaukan tu..:)
budakfelda berkongsi artikel….Video : HighlightsToronto FC vs Liverpool 2012
tengok dulu camane jadi lepas laksana. tapi kena pengawasan lebih la. biasanya ‘orang kita’ ni suka berlebih kurang. thanks for backlink.
Izwanyusof berkongsi artikel….Merisik Eyriqazz vs Denaihati
betul tu kena awasan yang teramat la lebih, siapa tu sudah tentu cikgu juga hehehe.;)
psst : biasa la tu backlink
budakfelda berkongsi artikel….Video : HighlightsToronto FC vs Liverpool 2012
Saya tidak perlu pelajar buat telefon bimbit ke sekolah. Kalau hendak senarai perkara negatif tidak cukup kertas.
akubiomed berkongsi artikel….Selamat menjalani ibadah puasa
hehehe….mmg banyak negatif dr positif bro..:)
budakfelda berkongsi artikel….Video : HighlightsToronto FC vs Liverpool 2012
tengah duk belajar nanti mesti ada student yg update status pasal cikgu kelas eheh.
cikgu pulak mungkin duk update check-in kelas mana

Amirez berkongsi artikel….The Red Warriros vs Queen Park Rangers Selepas Terawikh
hehehehe…:) jadi semua dok update status..maybe cikgu ajar oun guna sms jer..:)
bro pun,tau benda ni x perlu pn kt sekolah.kalau nk tuka buku pkai tablet mungkin ok juga,sebagai tambahan. Benda ni mmg x patut. Surat khabar hari ni kata pak muhyidin x buat keputusan muktamad lg.bru dibawa ke lembaga disiplin kementerian utk dikaji.
SuhairiDotCom berkongsi artikel….Perkhidmatan Domain Percuma Malaysia ml.my
hehehe..:)
tau takpe memang tak patut, kalau tukar bukku dgn tables tu sau perkara yang berbeza bro…:)
biasa mereka-mereka ni, cakap dulu baru pikir..:)
betul sy pun setuju…nnt tepon anak murid lg canggih dr cikgu hehe..tp ya la..mmg seolah sekolah dah x selamat kan..penggunaan telefon yg x dikawal di kalangan bdk sekolah ini membahayakan takut derang leh suka2 je transfer gambar ntah2 apa2 kan…huhu
Ibu Mifzal Arsyad berkongsi artikel….Kadar Bayaran Zakat Fitrah 1433H / 2012M
hihihi itu la banyak yang tak setuju tapi menteri dah kasi green light huhuhu…;)
aku memang awal2 cakap tak setuju!! ntah apa2 cadangan ni
boni berkongsi artikel….Cerita Lawak : Situasi Di Dalam Tandas Awam
hihihi semamng tak sesuai lansung hehehe
Hehe..aku nak jadi pemerhati jer..nak tgok apa akan jadi lepas ni..haha..mesti seronok..
Hafizul berkongsi artikel….Contest By Sunlight : Detik Bersama Sunlight
pemerhati pemerhati jugak bro, nanti jgn anak2 kita salah kita kerna tdk berbuat apa2 hihihi…..:)
mungkin kene perhalusi penggunaan telefon ini…bg mereka yang ibu bapanya ambil x perlu bawa hp ke sekolah..bg yg tidak mampu pula rasanya tiada masalah dan tidak perlu utk bawk hp ni..
hanya segelintir shja yg rasakan perlu..
Jebeng Otai™ berkongsi artikel….Langkah Tingkat Keselamatan Blog WordPress
yup setuju jugak tu kena perhalusi tapi kena la bawa berbincang terlebih dahulu hihihi..:)
tak payah bawa laa hilang henpon tu naya jer…:)